Tuesday, October 27, 2009

~ASAP MAUT DIHUJUNG JARI~

Baru-baru ni...aku baca paper Harian Metro yang bertarikh 21 Oktober 2009,bersamaan 2 Zulkaedah 1430 yakni hari Rabu. Aku tiba-tiba rasa marah, sedih n semua rasa ada. Apalah salah seorang anak perempuan yang  baru berumur 23 bulan...dipijak sehingga mati oleh seorang bapa, gara-gara mengoyakkan sekotak rokok miliknya. Langsung tak masuk akal. Walaupun berlaku di negara jiran kita, Singapura... tak mustahil kalau boleh berlaku di negara kita jugak.

Bila difikir-fikir balik...gara-gara rokok, manusia boleh hilang pertimbangan sehingga sanggup membunuh. Mahal sangat ke harga sekotak rokok jika dibandingkan dengan nyawa? Soalan yang kita sendiri tau jawapannya. Paling aku pelik lagi...nape rokok masih lagi dijual? Boleh kaya ke jual rokok? Mestilah kaya kan....coz ramai yang dah tempah jalan mati cepat...hehehehehehehehehehe. Aku penah tanye soalan pada insan-insan yang merokok ni...especially lelaki walhal aku xnafikan ada golongan wanita yang merokok...jawapan mereka..."tak macho la...lelaki tak merokok"...pastu aku tergelak...betul gak...mana x machonyer...berani tu sedut tar, nikotin, ammonia, acetone dan macam-macam lagi la. Merokok ni dah macam satu norma bagi masyarakat kita yang mudah terikut-ikut dengan budaya luar yang kononnye lebih up to date. Cuba kita bayangkan...kalo 10 000 orang mati dalam setahun akibat merokok? Xmustahil kalo tahun-tahun akan datang, kematian akibat merokok ni, meningkat dengan jayanya...tahniah kepada perokok-perokok....

Ape agaknye kandungan yang ada dalam rokok tu kan...sampai ramai sangat nak sedut asap maut tu? Melalui ape yang aku baca, lebih 4 000 bahan kimia dikeluarkan setiap nyalaan sebatang rokok. Antara bahan-bahan kimia itu,bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Terer betul...mereka-mereka ni...

Kat sini aku nak lampirkan pe yang aku baca mengenai bahan-bahan kimia ni semua...coz xlarat aku nak taip...banyak tu...

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Satu hal yang aku sentiasa aku xpuas hati dan menyebabkan aku terpikir nak bina satu bilik yang tempatkan orang-orang nak merokok jer...asap rokok. Pernah satu kejadian, aku sound sorang mamat ni...mungkin die xtau baca or buat-buat xreti baca DILARANG MEROKOK dalam lif. Aku cakap nak mati, mati sorang-sorang, jangan ajak ramai-ramai. Penat penggali kubur nak gali tanah. Dengan muka seposen, die matikan rokok tu...kat cermin lif. Protes la konon...

Asap rokok yang dihidu oleh perokok dan orang-orang sekeliling memasuki rongga-rongga mulut, hidung melalui kerongkong dan paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kematian pada tisu-tisu sepanjang laluan dalam ruang-ruang ni...(dahsyat kan?) Boleh menyebabkan sakit di mulut, paru-paru, bronkitis, kerongkong, barah dan banyak lagi...(kesian kepada yang bukan perokok...kita turut sama merasai tempiasnya...malah lebih teruk). Manakala bagi racun asap rokok yang larut air akan memasuki saluran darah dan mengalir di dalam badan. Bahan nikotin plak bukan je boleh boleh buat ketagih, tapi jugak boleh menyebabkan saluran arteri menjadi sempit dan merosakkan dinding arteri kita. Ini boleh menjemput makan kenduri penyakit-penyakit seperti migrain, skit kepala, kekejangan otot kaki, sakit jantung dan sebagainya. Racun asap rokok gak boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan pundi kencing, apabila dirembeskan melalui air kencing...

Menarikkan pakej-pakej merokok ni? Sampai xder makna pon kempen-kempen yang dibuat untuk menangani masalah rokok ni.....melainkan, rokok diharamkan dijual di Malaysia...boleh lah kita kurangkan pembunuh paling senyap di abad ini.....So, nasihat aku kepada perokok-perokok diluar sana, berhenti la merokok sebelum terlambat...Why aku ckp cmtu? Coz bagi yang dah berkeluarga, sayangilah keluarga anda. Xkan gara-gara rokok, korang sanggup tengok para isteri keguguran? anak-anak menghidapi lelah dan astma? So...pkir-pkirkanlah.....

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)

No comments:

Post a Comment