Tuesday, October 27, 2009

~ASAP MAUT DIHUJUNG JARI~

Baru-baru ni...aku baca paper Harian Metro yang bertarikh 21 Oktober 2009,bersamaan 2 Zulkaedah 1430 yakni hari Rabu. Aku tiba-tiba rasa marah, sedih n semua rasa ada. Apalah salah seorang anak perempuan yang  baru berumur 23 bulan...dipijak sehingga mati oleh seorang bapa, gara-gara mengoyakkan sekotak rokok miliknya. Langsung tak masuk akal. Walaupun berlaku di negara jiran kita, Singapura... tak mustahil kalau boleh berlaku di negara kita jugak.

Bila difikir-fikir balik...gara-gara rokok, manusia boleh hilang pertimbangan sehingga sanggup membunuh. Mahal sangat ke harga sekotak rokok jika dibandingkan dengan nyawa? Soalan yang kita sendiri tau jawapannya. Paling aku pelik lagi...nape rokok masih lagi dijual? Boleh kaya ke jual rokok? Mestilah kaya kan....coz ramai yang dah tempah jalan mati cepat...hehehehehehehehehehe. Aku penah tanye soalan pada insan-insan yang merokok ni...especially lelaki walhal aku xnafikan ada golongan wanita yang merokok...jawapan mereka..."tak macho la...lelaki tak merokok"...pastu aku tergelak...betul gak...mana x machonyer...berani tu sedut tar, nikotin, ammonia, acetone dan macam-macam lagi la. Merokok ni dah macam satu norma bagi masyarakat kita yang mudah terikut-ikut dengan budaya luar yang kononnye lebih up to date. Cuba kita bayangkan...kalo 10 000 orang mati dalam setahun akibat merokok? Xmustahil kalo tahun-tahun akan datang, kematian akibat merokok ni, meningkat dengan jayanya...tahniah kepada perokok-perokok....

Ape agaknye kandungan yang ada dalam rokok tu kan...sampai ramai sangat nak sedut asap maut tu? Melalui ape yang aku baca, lebih 4 000 bahan kimia dikeluarkan setiap nyalaan sebatang rokok. Antara bahan-bahan kimia itu,bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Terer betul...mereka-mereka ni...

Kat sini aku nak lampirkan pe yang aku baca mengenai bahan-bahan kimia ni semua...coz xlarat aku nak taip...banyak tu...

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Satu hal yang aku sentiasa aku xpuas hati dan menyebabkan aku terpikir nak bina satu bilik yang tempatkan orang-orang nak merokok jer...asap rokok. Pernah satu kejadian, aku sound sorang mamat ni...mungkin die xtau baca or buat-buat xreti baca DILARANG MEROKOK dalam lif. Aku cakap nak mati, mati sorang-sorang, jangan ajak ramai-ramai. Penat penggali kubur nak gali tanah. Dengan muka seposen, die matikan rokok tu...kat cermin lif. Protes la konon...

Asap rokok yang dihidu oleh perokok dan orang-orang sekeliling memasuki rongga-rongga mulut, hidung melalui kerongkong dan paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kematian pada tisu-tisu sepanjang laluan dalam ruang-ruang ni...(dahsyat kan?) Boleh menyebabkan sakit di mulut, paru-paru, bronkitis, kerongkong, barah dan banyak lagi...(kesian kepada yang bukan perokok...kita turut sama merasai tempiasnya...malah lebih teruk). Manakala bagi racun asap rokok yang larut air akan memasuki saluran darah dan mengalir di dalam badan. Bahan nikotin plak bukan je boleh boleh buat ketagih, tapi jugak boleh menyebabkan saluran arteri menjadi sempit dan merosakkan dinding arteri kita. Ini boleh menjemput makan kenduri penyakit-penyakit seperti migrain, skit kepala, kekejangan otot kaki, sakit jantung dan sebagainya. Racun asap rokok gak boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan pundi kencing, apabila dirembeskan melalui air kencing...

Menarikkan pakej-pakej merokok ni? Sampai xder makna pon kempen-kempen yang dibuat untuk menangani masalah rokok ni.....melainkan, rokok diharamkan dijual di Malaysia...boleh lah kita kurangkan pembunuh paling senyap di abad ini.....So, nasihat aku kepada perokok-perokok diluar sana, berhenti la merokok sebelum terlambat...Why aku ckp cmtu? Coz bagi yang dah berkeluarga, sayangilah keluarga anda. Xkan gara-gara rokok, korang sanggup tengok para isteri keguguran? anak-anak menghidapi lelah dan astma? So...pkir-pkirkanlah.....

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)

Thursday, October 22, 2009

ALHAMDULILLAH......

Dah lama rasanya aku xupdate blog ni...oleh kerana masa dan kemalasan yang semakin menjadi-jadi. Bukan ape...aku jenis yang kalo online xtau sekejap...disebabkan masa senggang tu yang aku malas...
Baru-baru ni...aku menghadiri jamuan hari raya dan perpisahan bos ayah aku kat Airport Tioman ni...
Majlis tu berlangsung kat resort kat tioman gak...tu pon puas mak aku pujuk ajak pegi...kalo x memang aku xpegi la....aku bab-bab nak g majlis2 ni...memang liat. Tapi ntah cmne ari tu...aku cair lak ngan pujukan mak aku....Aku pon pelik....
Sampai je kat restoran resort tu...aku ngan mak aku pon amik port dekat ngan tingkap...nak menikmati angin malam la katekan....kuikuikui...Lepas je bos besar berucap...bos kecik ayah aku kat tioman lak...die dapat pindah kat KLIA...ayah aku plak yang xdpt2...rezeki masing2...
Sentuh pasal rezeki ni...malam kat resort tu gak...aku ngan mak aku dah siap-siap nak bersalam ngan semua wanita-wanita yang ada...tukang masak kat resort tu...panggil aku ngan mak aku...Aku dah suspen gak masa tu...coz xpenah2 kene panggil dalam majlis.
Rupenye offer aku keje ngan die...perkara paling bez skali...die order kuih kat aku coz ade group untuk evening teabreak....Dalam hati bersyukurnya aku Allah saja yang tau...
Esoknya...pas aku dah hantar kuih kat restoran tu...aku dapat job lagi...Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah...but kali ni...lebih banyak dari job pertama n kuih2 tu nk waktu pagi....
Malam tu bertungkus lumus aku ngan mak aku siapkan order tu...mise en place dalam istilah chefnye...hehehehehehe
Sampai aku kelim kuih karipap dalam tido...huhuhuhuhuhuhuhu....
Semua peristiwa ni...berlaku pas mak aku rugi seringgit kat satu kedai mkn kat cni...mak aku terlebih bagi...tapi x semua manusia jujur kat muka bumi ni...mak aku xnk sgka buruk...pastu mak aku pon niat sedekah....
Alhamdulillah kuasa Allah...rugi RM1.00, berlipat kali ganda rezeki yang datang...Allahuakbar...
Sekali lagi hal yang sama berlaku...macam biasa petang2 aku niaga kuih n tapai kat depan umah aku...kuasa Allah...kuih-kuih aku ari tu...banyak xhabis...mungkin bukan rezeki aku petang tu...
Esoknya...aku xniaga, mak aku suh cuti...penat katenye...aku pon jual la buah pelam n tapai pagi tu depan umah aku....percaya dengan rezeki Allah ade kat mana2...Alhamdulillah buah-buah pelam tu laris dijual...
Xlama pastu...ade hamba Allah datang nak beli sayur lak,coz ayah n mak aku rajin bercucuk tanam...
Petang tu plak...ade pak cik kedai tu...order kuih....
Subhanallah....masa tu aku xterkata apa...hanya syukur pada Allah atas rezeki yang datang tanpa aku sangka...betul kata mak aku...berniaga sambil bersedekah...buat rezeki kita murah dan dipermudahkan...bila jualan xhabis kita xkan rasa rugi...malah lebih lapang dada.
Mungkin kalo jualan habis semua buat kita tamak or lalai...Nauzubillah....
Dari pengalaman berniaga ni...aku dapat mengerti...segala rezeki pemberian dari Allah atas usaha dan titik peluh sendiri dengan cara yang halal Insya-Allah kemanisan rezeki tu...dapat kita rasai...
Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah....Engkau telah mengatur yang terbaik untuk hamba-hamba Mu....

Thursday, October 1, 2009

~WANITA LEMAH, WANITA LEMBUT~

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut…..besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan …kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani…di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat …celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat…di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah…bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah…bersantai di hadapan tv tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah…terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud… menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita….
memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna ada HATI kalau tak tau MENILAI……sekadar renungan kita sebagai insan yang lemah dan sering alpa…