Tuesday, December 27, 2011

:: Syoknya Bertunang Part 2 ::

Hari ni, terasa rajin pulak nak menaip sambungan :: Syoknya Bertunang ::. Ape yang nak aku ceritakan hari ni...pasal persediaan nak bertunang pulak. Especially bagi yang bergelar wanita ni. Sebab, hari ni dikatakan hari bersejarah dan hari yang dah get ready untuk selangkah ke fasa baru kehidupan untuk bergelar tunangan orang. Jeng...jeng...jeng...berdebar x???...Kepada yang dh penah alami...sure dah tau mcm mana rasanya. Mesti kalo tanye ada yang jawap "mcm nk gugur jantung", "seminggu sebelum majlis,xleh tdo"...n mcm2 lagi. Tapi...perasan x,berapa ramai yang mementingkan persiapan diri sendiri berbanding persiapan materi????

Persiapan diri yang aku maksudkan kat cni...persiapan fizikal, mental, rohani, emosi dan segala ilmu selok belok rumah tangga. Banyakkan????...So amacam? Dah ready lom??...Nampak macam jauh sangat je aku fikirkan..memang pon. Sebab bile dh bertunang...bermakna,dah sedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat berbanding masa bujang. Kalo masa bujang dlu,kite sorang2...tp bile dah nk tempuh fasa baru ni..banyak perkara yang perlu kite amik berat dan jadi manusia yang lebih prihatin...coz semakin bertambah bilangan hati yang perlu dijaga...Ok..part ni aku akan sentuh lain kali.

Balik pada persiapan yang aku cakap kat ats tu...paling utama...siapkan rohani,mental,emosi dan fizikal kite.Sebab pertunangan bukan fasa yang manis sentiasa.Kadang2 dihujani dengan dugaan dan cubaannya juga.Kadang-kadang muncul la orang ketiga,kekasih lama,perasaan benci dan kurang senang terhadap tunang sendiri dan macam2 lagi. Bersedialah untuk membina benteng kesabaran.keikhlasan dan kesetiaan yang paling kukuh dalam diri dengan banyakkan berdoa. Siapkan diri dengan banyakkan membaca, bertanya dengan orang lama tentang ilmu rumah tangga. Jangan malu dan segan...=)

Dah siap semua persediaan tersebut....baru boleh fikirkan untuk yang seharusnya...

Saturday, December 24, 2011

:: Syoknya Bertunang ::

Bismillahirrahmannirrahim...Alhamdulillah, masih diberi kesempatan olehNya untuk kembali menziarah blog yang telah lama bersawang dan berlalang ni. Mungkin atas kesuntukan masa dan kurangnya idea untuk menarikan jari jemari di atas keyboard. Dalam masa dua tahun...banyak pengalaman dan pelajaran yang dilalui hari ke hari. Mungkin menjadikan diri semakin matang dalam mengurus diri..(cewahhh..matang ke?)...


Hari ni...terasa ingin bercerita tentang majlis-majlis yang sedang rancak berlangsung di sana sini. Mungkin jugak terjadi di sebelah rumah kita, di depan rumah atau di mana sahaja. Majlis ape ye?....Jeng...jeng..jeng. Walaupun cuti sekolah semakin menghampiri garisan penamatnya, namun majlis ini tetap hangat. Boleh dikatakan, kepada yang bergelar isteri,mak, ibu dan seangkatan dengannya untuk bercuti dari memasak. Sebab ape ye? Sebab...boleh dikatakan sepanjang cuti sekolah...hari- hari ada je MAJLIS WALIMAH xpon MAJLIS PERTUNANGAN....majlis ni la yang nak di share bersama di petang yang berbahagia ni...dah macam bagi ceramah pulak...hehehehhehe.


Sebelum aku merepek dengan lebih panjang dan lebarnya...Jom kite cek ape makna PERTUNANGAN dalam Islam.“Pertunangan dalam Islam bererti kesepakatan peribadi dengan maksud untuk menikah antara lelaki muslim yg sesuai dengan perempuan muslim melalui walinya". Secara terang dan nyata kita sendiri paham apa maksud bertunang atau istilah lain disebut sebagai 'meminang' dan terdapat syarat-syarat yang ditetapkan seperti :


1. Haram meminang di atas pinangan orang lain.
2. Bukan isteri orang.
3. Wanita tersebut bukan di dalam tempoh iddah.
4. Wanita yang dipinang adalah yang halal untuk dinikahi (bukan muhrim).


Setelah terang dan jelas...pertunangan bukan tiket untuk kita melakukan perkara-perkara seperti suami isteri. Malangnya sekarang..pertunangan adalah tiket kebebasan pulak untuk muda mudi sekarang. Adoiyai...cmne nak cakap ye? Kadang-kadang aku sendiri pon malu nk tengok. Tambah2 di zaman moden n canggih ni...ade je gambar2 yang diupload ala2 manje bersama tunang.Bila orang komen..untuk kebaikan marah, ade yg smpai komen balik "aku punya tunang,aku punya suke la"...wah2 angkuh sungguh kata2 ye.Perasan x sebenarnya ANDA MASIH BELUM HALAL UNTUK BERSAMA...nampak perkara ni macam simple..tapi hakikatnya...perkara2 macam ni la yang menilai setinggi mana maruah dan malu yang ada dalam diri. Meh nak cakap lagi...bertunang tu jugak 1 proses berkenalan dengan pasangan.Bukan berkenalan dengan cara berdua-duaan,bercumbu rayu, berpelukan...dan seangkatan dengannye...tp berkenalan melalui insan yang terdekat dengannye.Mak ayah die ke,adik beradik die ke, kenalan die ke...kan lebih terhormat dan terhindar dari fitnah.


Jangan mudah sangat benarkan diri disentuh.ANDA TETAP HARAM TANPA IJAB DAN KABUL. Lelaki yang berani sentuh anda...jangan teragak-agak untuk tinggalkan mereka.Sebab apa?????Awal2 anda kaum wanita dah dihina dan maruah anda telah dipijak2 olehnya.Bezkan mcm tu.!!!!!...Jangan takut untuk berkata "saya xnk teruskan pertunangan ini" kepada keluarga anda sekiranya perkara ini terjadi.Nape ye aku ckp cmni...sbb anda punya hak itu. Indahnya pertunangan yang disyariatkan Islam..walaupun hanya sunat..tetapi,hikmahnya terlalu besar.Tapi, janganlah pulak tanpa sebab korang mintak putus tunang. Jadinya...untuk elakkan berlakunya hal-hal yang xdi ingini berlaku,ape kate sebelum terima pinangan, selidik dlu latar belakangnya.Siapa keluarganya,siapa kenalan2nya, bagaimana agamanya....elakkan diselidik kereta ape die pakai, setebal mana dompetnya, setinggi mana pelajarannya, di syarikat mana die bekerja...hentikan soalan2 materialistik yang sering berlegar2 dalam kepala tu...pilih lah kerana AGAMA DAN AKHLAKNYA...sebab ape?...hanya tu je yg boleh bimbing kite untuk bertemu dengan YANG MAHA ESA....SO...TEPUK DADA TANYA IMAN...

AKU MENAIP HANYA UNTUK PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN JUGA YANG LAIN.KALAU ADA KEBAIKAN, JADIKAN AMALAN.YANG BURUK, JADIKAN SEMPADAN. XDE MANUSIA YANG SEMPURNA..HANYA DIA YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...