Tuesday, December 27, 2011

:: Syoknya Bertunang Part 2 ::

Hari ni, terasa rajin pulak nak menaip sambungan :: Syoknya Bertunang ::. Ape yang nak aku ceritakan hari ni...pasal persediaan nak bertunang pulak. Especially bagi yang bergelar wanita ni. Sebab, hari ni dikatakan hari bersejarah dan hari yang dah get ready untuk selangkah ke fasa baru kehidupan untuk bergelar tunangan orang. Jeng...jeng...jeng...berdebar x???...Kepada yang dh penah alami...sure dah tau mcm mana rasanya. Mesti kalo tanye ada yang jawap "mcm nk gugur jantung", "seminggu sebelum majlis,xleh tdo"...n mcm2 lagi. Tapi...perasan x,berapa ramai yang mementingkan persiapan diri sendiri berbanding persiapan materi????

Persiapan diri yang aku maksudkan kat cni...persiapan fizikal, mental, rohani, emosi dan segala ilmu selok belok rumah tangga. Banyakkan????...So amacam? Dah ready lom??...Nampak macam jauh sangat je aku fikirkan..memang pon. Sebab bile dh bertunang...bermakna,dah sedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat berbanding masa bujang. Kalo masa bujang dlu,kite sorang2...tp bile dah nk tempuh fasa baru ni..banyak perkara yang perlu kite amik berat dan jadi manusia yang lebih prihatin...coz semakin bertambah bilangan hati yang perlu dijaga...Ok..part ni aku akan sentuh lain kali.

Balik pada persiapan yang aku cakap kat ats tu...paling utama...siapkan rohani,mental,emosi dan fizikal kite.Sebab pertunangan bukan fasa yang manis sentiasa.Kadang2 dihujani dengan dugaan dan cubaannya juga.Kadang-kadang muncul la orang ketiga,kekasih lama,perasaan benci dan kurang senang terhadap tunang sendiri dan macam2 lagi. Bersedialah untuk membina benteng kesabaran.keikhlasan dan kesetiaan yang paling kukuh dalam diri dengan banyakkan berdoa. Siapkan diri dengan banyakkan membaca, bertanya dengan orang lama tentang ilmu rumah tangga. Jangan malu dan segan...=)

Dah siap semua persediaan tersebut....baru boleh fikirkan untuk yang seharusnya...

No comments:

Post a Comment