Tuesday, September 15, 2009

~SECEBIS NASIHAT BUATMU BERGELAR WANITA~



Untuk membentuk bibir yang menawan,
Ucapkan kata-kata kebaikan
Untuk mendapatkan mata yang indah,
Carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,
Berkongsilah makanan dengan mereka yang kelaparan
Untuk mendapatkan rambut yang indah
Mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari

Untuk mendapatkan susuk tubuh yang indah,
Berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan,
Dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain,
Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah ketepikan seseorang dari hati anda

Apabila anda sudah melakukan semuanya itu,
Ingatlah senantiasa,
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan,
Akan senantiasa ada tangan terulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda,
Anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan,
Satu untuk menolong diri anda sendiri,
Dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya,
Bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia
Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia,
Dimana cinta dapat berkembang

Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya,
Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,
Yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan hanya kerana Allah
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.








Tuesday, September 8, 2009

MERAWAT HATI YANG PARAH....

aku buntu....segala rasa menyesak dalam sanubari.buatkan aku tak betah untuk terus berdiam diri.berbekalkan motor honda wave 125...JJN 1870,aku terus menuju ke destinasi yang sentiasa menjadi teman setiaku setiap kali masalah melanda aku.di situ la...aku curahkan segala yang terpendam pada Laut China Selatan yang terbentang luas di hadapan mata kini.di sini la...aku menenangkan hati dengan melihat keindahan alam ciptaan Maha Esa.bila melihatnya...segala bebanan yang ku tanggung seolah-olah pergi bersama deruan ombak dan juga angin yang sesekali bertiup sepoi-sepoi bahasa.pedih di hati yang baru terbit,tatkala teringat kembali...memuntahkan deraian air mata yang tidak berkesudahan.sepi mencengkam...aku keliru,buntu,fikiran bercelaru,pelbagai rasa bersatu.sedih,pedih terasa diri dipergunakan oleh insan yang selama ini aku percaya.Oh Tuhan...adakah ini balasan bagi dosa-dosa silamku?Atau aku semakin jauh dari redha dan rahmat Mu?Aku terlalu memikirkan kata-kata manusia,aku terlalu ikutkan telunjuk nafsu amarah ku,aku terlalu memikirkan kesempurnaan pada mata manusia,tanpa memikirkan kesempurnaan pada pandangan MU...Ya Allah,hinanya aku...dek berkaratnya mazmumah yang bersarang di hati....aku alpa pada Pencipta,aku leka dalam menongkah arus dunia,aku menjadi buta dek tulinya telinga yang mendengar adu domba.Aku dihimpit persoalan demi persoalan.khilafnya aku....
rembesan air mata tidak ku peduli.di satu sudut yang lain,aku terlihat pasangan merpati dua sejoli,memadu kasih asmara...smbil tangan erat berlingkar...Ya Allah berilah mereka hidayah Mu...agar dapat mereka salurkan rindu dan kasih itu di jalan yang engkau redhai...Ya Allah...jauhilah aku dari fitnah duniawi Ya Allah...
masakan bisa aku berdiri teguh bersendirian tanpa ada yang membimbingi...mampukah?
aku terduduk berteleku seketika di atas timbunan batu di pelabuhan ini....Ya Allah...bantulah aku dalam mencari jejak ku yang kian hilang,yang kian kusam,yang kian hilang sirnanya dek banyaknya dosa yang ku lakukan.tidak terhitung banyaknya.andai ujian yang sentiasa melanda membuatkan aku lebih dekat denganMU,aku redha Ya Allah.aku ikhlas menerimanya.aku pasrah pada qada' dan qadar yang telah Engkau tetapkan untuk diriku.Sesungguhnya,Engkau Maha Mengetahui setiap kejadian yang terjadi di atas muka bumi yang fana ini....
Doaku agar aku sentiasa merasa nikmat Islam dan Iman sehingga akhir nafasku.....Ameen Ya Rabbal Alamin....


Saturday, September 5, 2009

~KERANA WANITA INGIN DIMENGERTI~

"Berbuat baiklah terhadap para wanita kerana wanita diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnya sesuatu yang paling bengkok ialah bahagian atas tulang rusuk. Jika engkau meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Jika engkau membiarkannya bengkok, ia akan tetap bengkok. Oleh kerana itu, berbuat baiklah kepada wanita." (Sahih Muslim)

Menjelaskan hadis Rasulullah S.A.W ini, seorang penyair berkata:
"Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok dan tidak engkau luruskan. Ketahuilah, meluruskan tulang rusuk bererti mematahkannya. Apakah engkau mengumpulkan kelemahan dan kekuatan pada seorang pemuda, di mana kelemahan dan kekuatan itu bukan hal aneh?" (Khalil Jam'ah dan Muhammad bin Yusuf ad Dimasyqi Ahmad dalam Istri-istri Para Nabi, Darul Falah, 2007)

Dalam sebuah hadis yang lain baginda juga bersabda: "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu, terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik." (Sahih al-Bukhari)

Pada ketika yang lain, baginda mengulangi: "Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya." (Sahih al-Bukhari)

Dalam hadis-hadis di atas, Rasulullah S.A.W membuat perumpamaan "wanita seperti tulang rusuk" bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan wanita tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian, layanan dan didikan yang baik kepada wanita, serta berlaku lembut lagi hikmah dalam menjaga hati mereka.

Anas bin Malik menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budah hamba yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta-unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah S.A.W memperingatkan: "Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu  adalah botol-botol kaca." Perawi hadis ini, Abu Qilabah berkata: "Maksud botol-botol kaca itu ialah wanita." (Sahih al-Bukhari)

Dalam hadis di atas Rasulullah S.A.W menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif dari segi perasaan. Baginda menyebutkan wanita umpama "botol-botol kaca yang mudah pecah", yakni mudah sedih dan tersinggung jika tidak dijaga dan diberi perhatian yang sewajarnya.

Wanita sebagai manusia telah diciptakan oleh Allah SWT, sebagai makhluk yang lemah, yang perlu dibimbing dan dilindungi. Dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas harian, mereka takkan terlepas dari melakukan kesilapan kerana fitrah manusiawi seorang wanita. Sudahlah lemah, jalan fikirnya sangatlah mendalam serta panjang sekali, complicated, dan sering kali tindak tanduknya dikuasai oleh emosi yang kadang kala tidak stabil.

Selamilah lubuk jiwa wanita, bertolak ansur dan berlapang dada dalam menyelesaikan konflik, berlemah lembutlah dengan wanita sesuai dengan lemah lembutnya sifat seorang wanita. Didiklah wanita sesuai jiwanya sebagai wanita, jangan sesekali mendidik atau membetulkan wanita dengan cara didikan yang sama untuk lelaki yang kuat dan keras, sekalipun seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya.

Islam tetap memberi garis panduan kepada para suami untuk mendidik, sedangkan untuk memukul seorang isteri yang nusyuz juga mempunyai syarat-syarat pukulan yang digariskan syariat. Bersabarlah terhadap bengkok akhlak para wanita dan lemahnya akal mereka. Janganlah membenci tanpa sebab dan janganlah terlalu mengharapkan mereka agar terus lurus semahunya.

Ketika mentafsirkan ayat berikut: "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka" (An-Nisa 4:34), Imam Ibnu Kathir berkata:
"Ayat ini menerangkan bahawa lelaki adalah pemimpin kepada wanita, iaitu dia sebagai pemimpin, pembesar dan penguasa serta pendidik bagi mereka, ketika terjadi kebengkokan pada wanita itu. Ini kerana Allah SWT telah memberikan keutamaan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (wanita) iaitu lelaki lebih utama dari wanita dan lebih baik. Oleh kerana itulah kenabian dikhususkan kepada kaum lelaki. Demikian pula kekuasaan agung berdasarkan hadith Nabi S.A.W.: "Tidak akan beruntung sesuatu kaum jika mereka menyerahkan urusan pemerintahan mereka kepada seorang wanita." (Riwayat al-Bukhari)

Selain ayat 34 di atas, Surah an-Nisa' juga mengandungi beberapa peringatan kepada kaum lelaki dan suami agar berlaku baik dan sabar terhadap kekurangan dan kelemahan wanita dan isteri, serta suruhan untuk menggauli isteri dengan cara yang sebaiknya. Allah berfirman: "Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut." (An-Nisa' 4:19) "Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka maka bersabarlah kerana mungkin kalian tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (An-Nisa' 4:19)  

Mudah-mudahan lelaki yang banyak bersabar atas sikap para wanita dikurniakan ganjaran dan kelebihan oleh Allah SWT. Maafkan kami atas segala kekurangan dan kelemahan, maafkan kami para wanita hari ini sekiranya tidak mampu sekuat isteri-isteri para nabi dan para sahabiah dalam berjuang.

Apa yang kami pinta ialah bimbinglah kami agar kami dapat melangkah dengan keyakinan dan semangat kuat di jalan istiqomah, agar kami dapat menjadi insan solehah dalam perilaku dan pemikiran, agar keimanan dan ketakwaan kami sentiasa dipelihara. Janganlah mengaibkan kami dalam keadaan bengkok dan janganlah berlebihan sehingga kami patah.

Petikan dari Majalah I, Ogos 2009, Nota Muslimah, Farhani Azizan, Kerana Wanita Ingin Dimengerti

Sebagai renungan dan panduan untuk kita bergelar muslimah solehah... Insya-Allah...

Thursday, September 3, 2009

ATAS NAMA CINTA

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya